Sunday 11 March 2012

Ini kerana aku memikirkan akhirat mu..




Tidak ku jangka, 
mendapat sahabat yang soleh dan solehah seperti mu,
yang hadir dalam hidupku,
tetapi ku takut dengan perangai ku yang tidak soleh seperti mu,
menarik mu ke jalan hitam ku,
biarlah aku undur,
ini kerana aku memikirkan akhirat mu.


Diri ini sedar,
akan kemampuan dan tahap kebaikan ku,
yang tidak layak dan tidak setanding dengan mu.
Bukan tidak aku hargai semua pengorbanan mu,
bukan aku mahu lupakan semua kenangan antara kita, 
bukan juga aku mahu lupakan persahabatan yang terjalin,
ini kerana aku memikirkan akhirat mu.


Ku harap situasi ini difahami,
kerana diri ini tidak mahu menjadi asbab tidak tercapainya,
matlamat tertinggi dalam perjalanan mu sebagai hamba-NYA.
Izinkan diri ini membuat keputusan yang terbaik untuk diri mu,  
kepentingan sahabatku diletakkan dihadapan,
walaupun diri ini yang merasai kepahitannya,
ini kerana aku memikirkan akhirat mu.



~ Kembara Cahaya Ilahi ~
18 Rabiul Akhir 1433 Hijrah
11 Mac 2012

No comments:

Post a Comment