Semua pekara yang kita lakukan, perlu berlandaskan hukum syara', tidak boleh lari dari Al-Quran dan Al-Hadis, barulah kita ini dipanggil 'hamba'. Sama juga mengenai isu perasaan, hati, emosi, naluri atau apa sahaja mengenai kehidupan kita didunia. Soal cinta, remaja terutamanya sibuk bercintan-cintun sana sini, sehingga terabai tanggungjawab hakiki. Tahukan makna cinta itu sendiri? Tahukan hukum bercinta itu sendiri? Tahukan batas-batas bercinta itu sendiri?
Islam bukan agama melarang, tetapi mengawal. Kaedah fiqh yang disebut " sadduzara'ie ", iaitu menutup pintu kerosakan, adalah jalan yang terbaik, yang Islam anjurkan. Disini kita berbicara soal cinta, yang mana suka untuk saya kongsikan dengan sahabat, pandangan ulama' muktabar, Prof. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengenai pandangan dan nasihatnya, mengenai CINTA. ♥
Tidak Bercampur
Kecuali Atas Dasar Urusan
Mari kita teliti
poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul
Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram.
1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan
mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan,
dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan
bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.
2. Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk
berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping
itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.
3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan
kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi
tidak berlama-lama ketika memandang).
4. Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi
tidak dalam bentuk yang menyukarkan.
5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi
seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada
suaminya dan lelaki mahram.
6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.
8. Mengelakkan diri daripada khalwat.
“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram." (Al-Imam Hassan Al-Banna)
Pesanan
Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang ‘Bercinta’
Prof. Syeikh Dr.
Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,
1. Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan,
bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian
orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini
dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan
'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb
boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud
'bercinta'.)
2. Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan
cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan
telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan
oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.
3. Pacaran melalui telefon ini
kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering
terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik
oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4. Awalnya
memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.
5. Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal
yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat
gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja
puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab
keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7. Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan
oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya,
sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang
menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan
seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa
tertekan.
8. Saya melihat
cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim
Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan
tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
9. Perkara yang
sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan
berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan
akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada
penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak,
atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan
lain sebagainya.
10. Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah
dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah
calonnya untuk menemui keluarganya. Si
pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa
pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya,
jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di
hatinya.
11. Apabila kapak
telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya
dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat
mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.
12. Keluarga atau
walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh
hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai
kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah
cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang
berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
13. Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak
suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan
keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang
muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz.
2, hal. 348-349).
Baca dengan mata hati, bukan dengan mata kepala.
~ kembara cahaya ilahi ~
13 Jamadil Akhir 1433 Hijrah
05 May 2012
mujahadah tu...mesti sakit kan?pd pndgn admin,ape lgkh terbaik untuk menangani rase sakitnye mujahadah tu?thjud?doakan si die?aggp sbgai prkongsian ilmu bg sy yg bru belajar ni.tq.
ReplyDelete" Mujahadah itu pahit, sakit, terseksa, kerana syurga itu manis, indah."
ReplyDeleteMatlamat utama mujahadah ialah kembali kepada jalan ALLAH SWT semata-mata. Tiada matlamat lain. Maka apabila kita bercakap soal kembali pada ALLAH, maka mardhatillah(keredhaan ALLAH) itu yang sebenarnya kita cari. Maka dalam masa yang sama, syurga firdaus yang kita idam-idamkan.Kerana itu banyak ujian dan cabarannya, bukan mudah jalan untuk kita ke syurga buat umat akhir zaman yang turun naik imannya. Renung akan ayat cinta dari ALLAH SWT,
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? [al-‘Ankabut, 2]
Pasti.Pasti pahit,sukar, jalan untuk ke syurga. Kerana syurga itu bersifat 'special edition'. Hanya untuk golongan yang terpilih sahaja!
Semoga kamu dan saya diberi kekuatan oleh YANG MAHA KUAT untuk mengharungi jalan mujahadah. wallahua'lam.