بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..
Niat yang terbuku dalam hati selama ini dapat diluahkan juga..Terhasil jugak satu blog yang sangat2 banyak kekurangannya.Oleh kerana kali pertama berjinak-jinak dengan dunia blog ni, banyaklah kekurangannya yang perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. InsyaALLAH akan ditingkatkan usaha.
Merujuk pada perkataan pertama yang di 'bold' kan selepas perkataan memuji ALLAH, semua yang dilakukan dalam dunia ni, disertakan dengan niat. cuma yang membezakan ialah niat tersebut adalah lillahi taala atau sebaliknya. sangat2 beruntung orang yang melakukan pekerjaannya semua kerana ALLAH Taala..pasti banyak ganjaran yang dia perolehi..Teringat pada hadis yang sangat masyhur dan menjadi hafalan dan sebutan para2 daie, :
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Timbul dalam fikiran, tertanya-tanya pada diri, apakah yang dapat aku sumbangkan pada agama aku. Mungkin blog yang diwujudkan dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dengan SEDIKIT ilmu yang ada, disamping melatih diri menjadi daie walaupun dalam alam maya. Hanya mengharapkan keredhaan dan cahaya hidayah dari Nya untuk menebus kembali salah silap yang dulu. Semoga ALLAH memelihara dan menetapkan niat yang terbuku dalam hati. insyaALLAH.~
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)
والله اعلم
No comments:
Post a Comment