بسم الله الرحمن الرحيم
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Benar kata Al-Fadhil Ustaz Don dalam video diatas, jarang-jarang sekali kita mendengar hadis ini diceritakan dengan bersungguh-sungguh dan diberi penekanan mengenainya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita sudah diberi suntikan atau 'ketukan' daripada Ustaz Don mengenai tuntutan sebenar hadis diatas. Apa yang ingin saya kongsikan dalam post kali ini adalah peranan atau tanggungjawab kita, sebagai anak kepada ibu bapa kita.
Jika nak dihitung mengenai pengorbanan seorang ibu dan ayah pada anak-anaknya, memang tidak akan habis penghitungannya. Tetapi jika nak dihitung pengorbanan anak pada ibu dan ayah, memang sedikit sangat perhitungannya. Kadang-kadang kita sebenarnya lupa, jasa dan pengorbanan ibu dan ayah kepada kita menyebabkan apabila sudah meningkat dewasa, banyak perbuatan dan tutur kata kita yang sememangnya tidak layak diterima oleh orang yang SANGAT perlu kita hormati. Mungkin kita lupa, pengorbanan ibu dalam bersusah payah melahirkan kita.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Jika mahu diceritakan tentang ayat-ayat yang menuntut kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, memang sangat banyak didalam kitab suci Al-Quran. Sama ada kita mengambil pelajaran atau tidak, itu persoalan yang perlu dijawab pada diri masing-masing. Mari kita tanya pada diri, seandainya kedua ibu bapa aku sudah meninggal dunia, apakah aku ini sebagai asset kedua ibu bapa ku untuk ke syurga, atau pun neraka (nauzubillah)..
Video yang dipaparkan diatas sudah cukup untuk kita mengambil ibrah dalam kita memuhasabah diri. " Aku belajar tinggi-tinggi, tapi boleh ke aku bawak mak bapak aku masuk ke syurga yang tinggi tahapnya..? " "Aku belajar diluar negara, tapi boleh ke aku uruskan jenazah mak ayah aku bila dorg sudah meninggal..??" Tanya diri kita masing-masing, boleh atau tidak..??!
Sudah cukup soleh/solehah kah kita untuk mendoakan kedua orang tua kita..? Teringat kata-kata Murabbi Ustaz Mahfuz yang menceritakan title anak soleh mengikut pandangan ilmu tasawuf. Katanya, " nak jadi anak soleh, solat tahajjud setahun tak boleh tinggal...!! " Bukan senang bukan untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Tetapi, ingin menjadi anak yang soleh/solehah bukan satu perkara yang mustahil, hanya perlu kepada persoalan sama ada 'nak atau tak nak'.
Sekarang kita lihat dan koreksi kembali diri kita, adakah sudah boleh kita menguruskan jenazah ibu bapa kita, adakah kita sudah bersedia untuk memandikan jenazaha ibu bapa kita, adakah kita sudah bersedia untuk menjadi imam untuk solat jenazah pada kedua ibu bapa kita apabila mereka sudah meninggal dunia..? Jika kita belum bersedia, anda rasa kita sudah tergolong atau belum dalam golongan 'anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa'..? Anda tahu jawapannya didalam lubuk hati masing-masing....
والله اعلم
No comments:
Post a Comment