Sahabat nabi bernama Ibnu Abbas ra adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang tekun dalm menjaga dan melayani Rasulullah SAW. Dia pernah secara khusus didoakan Rasulullah SAW. Pada usia sembilan tahun, Ibnu Abbas sudah menghafal Al-Quran dan menjadi imam di masjid.
Suatu hari, dia ditanya oleh para tabi'in mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Jawab Ibnu Abbas, terdapat tujuh petunjuk kebahagiaan dunia, iaitu:
Qalbun Syakirun iaitu hati yang selalu bersyukur.
Memiliki jiwa syukur bererti menerima apa yang ada (qanaah) dengan redha sehingga tidak ada stress. Inilah nikmat bagi hati yang sentiasa bersyukur. Orang yang pandai bersyukur cerdas memahami sifat-sifat ALLAH SWT sehingga apa sahaja yang diberikan oleh ALLAH SWT, dia terpesona dengan pemberian dan keputusan ALLAH.
Apabila berada dalam kesusahan, dia segera ingat akan sabda Rasulullah SAW iaitu:
"Jika kita sedang susah, perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita."Apabila diberi kesenangan, dia bersyukur dengan memperbanyakkan amal ibadahnya, kemudian ALLAH akan mengujinya dengan kesenangan yang lebih besar lagi. Apabila dia tetap 'degil' dengan terus bersyukur, ALLAH mengujinya lagi dengan kesenangan yang lebih besar lagi. Berbahagialah orang yang pandai bersyukur!
Al-Azwaju Solehah iaitu pasangan hidup yang solehah.
Pasangan hidup yang soleh menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh. Di akhirat kelak, suami sebagai imam keluarga dipertanggungjawabkan dalam mengajak isteri dan anaknya melakukan amal soleh semasa didunia. Berbahagialah menjadi isteri apabila memiliki suami yang soleh, pasti bekerja keras untuk mengajak isteri dan anaknya menjadi muslim yang soleh.
Demikian juga isteri solehah yang memiliki kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suaminya, walau seberapa buruk kelakuan suaminya. Oleh itu, berbahagialah menjadi suami yang soleh, yang memiliki isteri yang solehah.
Al-Auladun Abrar iaitu anak yang soleh.
Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: “Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.”Daripada hadis ini, kita mendapat gambaran awal bahawa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan ibu bapa kita. Namun peringkat minimum sebagai anak yang soleh adalah dengan berdoa, dimana doa anak yang soleh kepada ibu bapanya dijamin dikabulkan oleh ALLAH. Berbahagialah kita apabila memiliki anak yang soleh.
Al-Baitu Solehah iaitu suasana yang kondusif, islamik.
Persekitaran yang kondusif adalah kita boleh mengenal siapapun tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, perlulah diteliti dengan memilih orang yang mempunyai nilai tambah pada iman kita. Dalam hadis, Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya selalu bergaul dengan orang yang soleh. Orang yang soleh selalu mengajak kita kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita membuat kesalahan.
Orang soleh adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan nikmat islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-ALLAH, cahaya tersebut akan ikut meyinari orang yang ada disekitarnya. Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang soleh.
Al-Malul Halal atau Harta yang halal.
Paradigma mengenai harta dalam Islam bulkanlah jumlah atau kuantiti harta yang banyak, tetapi sumber halal harta tersebut. Ini tidak bererti islam tidak menyuruh umatnya supaya kaya, juga jauh sekali menghalang umatnya untuk menjadi kaya. Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan.
“Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan.”Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya. Berbahagialah orang yang sentiasa teliti menjaga hartanya yang halal.
Tafaqquh Fiddin iaitu Semangat untuk memahami agama
Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin kita belajar, semakin kita bersemangat untuk belajar lebih jauh lagi mengenai ilmu berkaitan sifat-sifat ALLAH dan ciptaan-NYA. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu.
Semakin kita belajar semakin cinta kita kepada agama-Nya, semakin tinggi cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hati kita. Semangat memahami agama menghidupkan hati kita. Hati yang hidup dalah hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan nikmat Iman. Berbahagialah orang yang bersemangat memahami ilmu agama Islam.
Umur yang berkat.
Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin meningkt amal soleh, yang setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya, dia cenderung kecewa dengan ketuaannya. Di samping itu, fikirannya fokus pada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya. Dia sibuk berangan-angan terhadap nikmat dunia yang belum sempat dirasakannya, kecewa hatinya apabila dia tidak mampu menikmati apa yang diangankannya.
Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Hari tuannya diisi dengan 'bermesra' dengan Sang Maha Pengasih. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan dia penuh harapan untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.Inilah semangat 'hidup' orang yang berkat umurnya. Berbahagialah mereka yang umurnya mendatangkan keberkatan.
~ Kembara Cahaya Ilahi ~
19 Syawal 1433 Hijrah
06 September 2012
No comments:
Post a Comment