Ibumu telah mengandungmu didalam perutnyaselama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahunDia bersusah payah ketika melahirkanmuyang hampir sahaja menghilangkan nyawanyaDia telah menyusuimu dari susunyaDia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamuDia cuci kotoranmu dengan tangan kanannyaDia utamakan dirimu atas dirinya serta atas makanannyaDia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimuDia memberikanmu semua kebaikanApabila kamu sakit atau mengeluhNampak darinya kesusahan yang luar biasadan panjang sekali kesedihannyaDia keluarkan wang untuk membayar doktor yang mengubatimuSeandainya dipilih antara hidupmu dan kematiannya,maka dia akan meminta supaya kamu hidup.
(Nukilan Imam Az-Zahabi didalam Al-Kabair)Betapa banyak kebaikan ibu,sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik.Dia selalu mendoakanmu dengan taufiq,baik secara sembunyi mahupun terang-terangan.Tatkala ibumu memerlukanmu pada saat dia sudah tua,engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisi mu.Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar.Engkau puas dalam keadaan dia haus.Dan engkau mendahulukan berbuat baikkepada isteri dan anakmu daripada ibumu.Dan engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia lakukan.Dan rasanya berat atasmu memeliharanyapadahal adalah urusan yang mudah.Dan engkau kira ibumu ada disismu umurnya panjangpadahal umurnya pendekEngkau tinggalkanpadahal dia tidak punya penolong selainmu.
~ Kembara Cahaya Ilahi ~
10 Syaaban 1433 Hijrah
29 Jun 2012
No comments:
Post a Comment