kerana bagi saya, kejayaan sangat berkait rapat hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. Apa kunci kedisiplinan diri? Jawapannya HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT.
Bagaimana hendak berjaya? Jawapannya HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT.
Ya.itulah yang saya maksudkan.segala-galanya bertitik tolak pada hubungan kita dengan ALLAH SWT.Bukanlah hubungan dengan ALLAH, adalah kita duduk di atas sejadah semata dan mengurung diri di dalam masjid sepanjang masa. Hubungan dengan ALLAH adalah bermaksud kita merasai kewujudan ALLAH setiap masa, setiap tempat, setiap ketika. Kita rasa tidak terlepas daripada-Nya, kita rasa dekat dengan-Nya, dan kita rasa ALLAH Maha Tahu apa yang dilakukan oleh kita.
" tahniah. anta berjaya jaga hubungan anta dengan ALLAH SWT "itulah ucapan tahniah yang saya ucapkan kepada sahabat2 yang berjaya mendapat result yang cemerlang.ya.saya mengaku.saya cemburu.kerana mereka berjaya menjaga hubungan mereka dengan ALLAH sebaiknya.tidak seperti saya, yang hanya 'cukup2 makan' menjaga hubungan dengan Pencipta saya.
Cara mendekatkan diri dengan ALLAH SWT :
1) Melalui amalan
2) Melalui zikir
3) Melalui doa
~ Kuliah Andai Aku Pergi Dulu, Murabbi Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz ~
Mungkin ada cacat celanya cara saya berhubungan dengan ALLAH antara tiga2 kaedah itu. Mungkin kurang zikirnya, mungkin kurang amalannya, mungkin di doanya, atau mungkin KETIGA-TIGANYA. Atau saya sendiri yang tidak amanah dengan taklif yang diberi pada saya, sebagai seorang tholibul ilm'. Terlalu enjoy, masih berasa selesa, dan masih leka dengan matlamat sebenar. Tidak mengapa. Saya redha seandainya ini adalah titik muhasabah untuk saya kembali kepada landasan yang betul.
Kepada yang berjaya, teruskan menjaga hubungan kamu dengan ALLAH SWT sebaik-baiknya,
Kepada yang kurang berjaya, tidak mengapa, tetapkan niat baru, usaha yang lebih, koreksi diri, dan kembali pada landasan yang 'lurus'.
" manusia bukan dinilai pada sijil, sijil hanyalah sekeping kertas. Yang dinilai ialah hati, budi, aqal dan akhlak "
~ Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz ~
~Kembara Cahaya Ilahi~
24 Rabiul Awal 1433 Hijrah
16 Februari 2012
Kepada yang berjaya, teruskan menjaga hubungan kamu dengan ALLAH SWT sebaik-baiknya,
Kepada yang kurang berjaya, tidak mengapa, tetapkan niat baru, usaha yang lebih, koreksi diri, dan kembali pada landasan yang 'lurus'.
" manusia bukan dinilai pada sijil, sijil hanyalah sekeping kertas. Yang dinilai ialah hati, budi, aqal dan akhlak "
~ Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz ~
~Kembara Cahaya Ilahi~
24 Rabiul Awal 1433 Hijrah
16 Februari 2012
No comments:
Post a Comment